PRU15 | Khairy serah keputusan kepada pimpinan parti

2022-10-10 0

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin tidak dapat menyatakan di mana beliau akan bertanding pada Pilihan Raya Umum ke 15 nanti.

Jelasnya, keputusan itu hanya dibuat oleh pucuk pimpinan parti berhubung kedudukannya.

Walaupun ada sebahagian pemimpin tempatan menawarkan tempat kepadanya, namun akhirnya ia diputuskan oleh pucuk pimpinan.